Blogger Widgets

Ads

Saturday 27 September 2014

Cuti Pendek di Taiping

Cuti sekolah ada seminggu je. Nak bercuti jauh-jauh bajet dah lari. Decide untuk pergi ke Taiping mandi sungai dan santai-santai sahaja.

Sampai Taiping dah hampir tengahari. Kita makan dulu.

First stop Nasi Ayam Hainan Anjung Selera, Simpang, Taiping








Sedap la kot, sampai hirup.

Habis je lunch, terus cari sungai. Burmese Pool dekat dengan Bukit Larut





Sebelah malam, pergi ke Restoran Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

Makan ramai-ramai, macam ni lah


 Satu hari cuti punya program, inilah seadanya.

Sunday 21 September 2014

Roti Jala, Alor Setar


Sarapan pagi di Alor Setar, disyorkan makan Man Roti Jala tepi Stadium Darulaman. Ada 3 jenis kuah, kuah kari ayam, kari daging dan juga kuah durian. Memang lain rasanya.

Buka hanya untuk sarapan sahaja. Kadang-kadang kena beratur panjang juga.








Saturday 20 September 2014

Kari Itik, Prai



"Tu dia….sedap baq hang"
Kari itik ini yang terbaik rasanya. Daging itik tak liat. Lembut elok macam ayam je. Syiook ooo… Ayam kampung dia pun sedap. Ada ayam kampung kari, ada juga yang goreng panas-panas. Ayam kampung goreng cepat habis. Jadi kenalah datang awal sikit. Kedai buka waktu makan tengahari sahaja. Malam tutup aaa...





Kedai ni tepi jalan lama Permatang Nibong ke Kubang Semang.












Mee Bandung Muar, Petaling Jaya


Mee Bandung Muar di Petaling Jaya ni kira famous. Pernah masuk JJCM TV3 pun. Memang sedap. Selain Mee Bandung Muar, asam pedas juga best.




Di bawah sini saya kongsikan lokasinya.





Mee Udang, Taiping


Kalau pergi ke Taiping, singgah la di Kuala Sepetang untuk menikmati Mee Udang. Ada banyak kedai di Kuala Sepetang yang menjual Mee Udang. Yang paling top adalah Restoran Mee Udang Mak Jah. Famous la juga kedai Mak Jah ni.


Selain dari mee udang ada juga menu lain.


Nasi Goreng Udang dan Mee Goreng Udang



Rasa = 2.5 / 5
Persekitaran = 2.5 / 5
$$

Wednesday 17 September 2014

Cuti-cuti di Langkawi


Bercuti di Langkawi bermula 26/5. Rancang nak pergi Island Hopping. Nak ke Langkawi naik feri dari Kuala Perlis, sebab lebih dekat ke Langkawi  dari naik feri dari Kuala Kedah. Bercuti di musim sekolah ni, tau-tau je lah, expectationnye semua mahal. 

Parking kereta di Kuala Perlis ni ada yang berbumbung ada yang tidak. Sampai je area jeti tu dah ada mat-mat motor ngikut. Tu la ulat parking (orang carik makan, legal ke illegal ntah la). Cuma tiada paksaan kena ikut dia, jangan kita cari pasal pulak. Kami memang tak ikut sebab dapat parking berbumbung sebelah dengan jeti (tak sampai 50m dr jeti cam tu). Parking di sini ikut hari, tak kira pukul berapa masuk pukul berapa keluar. Sehari RM15. Kalau masuk 26/5 keluar 28/5, kira 3 hari so jadi RM45. Parking ni nampak macam selamat sikit. Park tepi-tepi jalan ni takut bila balik kereta pun lesap. 

Di jeti tu memang lah ramai orang, nasib baik dah beli tiket hari sebelumnya. Sampai di jeti jumpa pulak ejen kereta sewa, hotel dan lain2. Tiket dewasa RM18, tiket untuk kanak-kanak RM13.

Feri kali ni rasanya macam slow pulak 1 setengah jam, dulu-dulu rasanya 45 minit je. Kereta sewa di Langkawi ni kalau takde kenalan atau tak call dulu memang susah la. Kena pulak musim cuti sekolah. Boleh kena ketuk ooo. Sampai je ada lagi ulat/ejen. Kereta sewa musim cuti sekolah rasanye/patutnye tak lebih RM120 untuk proton. Keluar je dari kompleks jeti tu, sebelah kanan belakang signboard besar, ada satu company sewa kereta. Sudah call awal lagi, dapat kereta Proton Saga BLM sewa untuk 2 hari. Pergi la jumpa terus dengan brader yang berumur sikit tu. Dengan diaorang ni boleh runding kalau dengan ulat/ejen kena markup pulak. Dapatlah RM100 sehari, kalau ada orang lain lagi murah kira rezeki masing-masing la. 

Di Langkawi ni tinggal di rumah peranginan company (untung kerja dengan company ni, safe bajet). Rumah peranginan tu di Pantai Cenang.












Survey punya survey, internet, blog dan tanya ejen-ejen situ, average sewa bot untuk 8 orang dalam RM250 ke bawah. Kalau untuk join orang lain RM35 sorang.  Tapi sudahnya, duduk disini 2 malam, tak pergi mana-mana pun. Bawa budak-budak ke pantai je. Nak relax punya pasal, island hopping pun tak pergi. Pergi beli barang kat Hj Ismail Group (HIG). Sesiapa nak beli barang yang serupa, nin dia kita bagi tengok harga dia jual kat HIG.




Lagi satu kalau nak beli kacang gajus atau kacang cerdik, pergi la cari kat kedai-kedai tepi main road kat pekan Kuah tu. Boleh tawar menawar. Kalau HIG tu harga dia tetap dah. For example; HIG jual kacang gajus 500g harga dia RM22.40, kalau kedai tepi jalan tu lepas diskaun jadi RM20.

Bila nak check-out, terjumpala dengan orang ni. Sewa bot untuk 8 orang boleh dapat murah dari yang lain. Siap ada chalet dengan kereta myvi agi kalau nak sewa. Murah juga dari apa yang dia cakap. Takpe next time, will & must try. 

Sini makan takde yang special, mahal dan biasa-biasa je. Tapi area Pantai Tengah & Cenang macam2 dah ada. Old town, KFC, McD, Starbuck macam-macam ada lah. Bila balik, jangan lupa singgah Laksa Kak Su Kuala Perlis. Oh no! Tutup hari Selasa la pulak.