Blogger Widgets

Ads

Monday 27 October 2014

Trip to France - Tarbes


Tarbes, France, pekan kecil dekat dengan banjaran (Pyrenees) sempadan France dan Sepanyol. Sis pergi dalam bulan Mac 2014. Pekan ni kecil je. Jalan-jalan tengok tempat orang je la.

Town Hall Tarbes

Pasar minggu macam Car Boot Sale juga


Alamak! terjumpa pulak jaket 15 euro
Hmmm 


Cokelat Kasut



Kedai makanan Halal limited sikit tapi ada kedai daging mentah halal, orang Islam punya. Kedai ni ada buat masak-masak juga. Boleh cuba ayam goreng style KFC.



Kedai kebab boleh jumpa  kat area town. Ada satu restoran mahal sikit Le Sahara nama dia. Orang Algeria punya.



Kuskus Algeria














 ..

Makan sini sekali boleh la, kalau selalu pokai juga...



Tuesday 21 October 2014

Mee Rebus Plaza Damas







Mee Rebus Baidali, Mee Rebus Johor yang best di Kuala Lumpur. Di Plaza Damas, Hartamas dalam tempat Aji Don. Kata orang Baidali ni asalnya dari Hj Wahid JB juga. Sebelah dengan kedai Baidali, ada kedai jual popiah dan tauhu bakar. Tempat ni sebenarnya macam food court, jadi ada la macam-macam lagi makanan lain.







Wednesday 15 October 2014

Saturday 27 September 2014

Cuti Pendek di Taiping

Cuti sekolah ada seminggu je. Nak bercuti jauh-jauh bajet dah lari. Decide untuk pergi ke Taiping mandi sungai dan santai-santai sahaja.

Sampai Taiping dah hampir tengahari. Kita makan dulu.

First stop Nasi Ayam Hainan Anjung Selera, Simpang, Taiping








Sedap la kot, sampai hirup.

Habis je lunch, terus cari sungai. Burmese Pool dekat dengan Bukit Larut





Sebelah malam, pergi ke Restoran Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

Makan ramai-ramai, macam ni lah


 Satu hari cuti punya program, inilah seadanya.

Sunday 21 September 2014

Roti Jala, Alor Setar


Sarapan pagi di Alor Setar, disyorkan makan Man Roti Jala tepi Stadium Darulaman. Ada 3 jenis kuah, kuah kari ayam, kari daging dan juga kuah durian. Memang lain rasanya.

Buka hanya untuk sarapan sahaja. Kadang-kadang kena beratur panjang juga.








Saturday 20 September 2014

Kari Itik, Prai



"Tu dia….sedap baq hang"
Kari itik ini yang terbaik rasanya. Daging itik tak liat. Lembut elok macam ayam je. Syiook ooo… Ayam kampung dia pun sedap. Ada ayam kampung kari, ada juga yang goreng panas-panas. Ayam kampung goreng cepat habis. Jadi kenalah datang awal sikit. Kedai buka waktu makan tengahari sahaja. Malam tutup aaa...





Kedai ni tepi jalan lama Permatang Nibong ke Kubang Semang.