Blogger Widgets

Ads

Friday 7 December 2012

Batu Gajah

Minggu lepas aku ada pergi ke Batu Gajah. Tak tau nak makan mana. Search dalam Google pun tak jumpa. Nasib baik ada bawak member yang pernah dok kat Batu Gajah ni. Dia pun bawa la satu tempat yang jual Capati. Waktu lunch hour makan capati? Capati pun capati larrr...

Dekat pekan Batu Gajah ada la satu kedai lama, berdepan dengan Medan Selera Batu Gajah








Kat luar kedai, dia tulis Kedai Makanan & Minuman Cik Rose, tapi bukan Cik Rose yang punya.




Jangan main-main ooo....masuk Metro tu....



Nasi campur pun ada jual jugak. Tapi aku makan capati. Makan capati baru buat memang la sedap.


  • Rasa = 2.5/5
  • Tempat = 2.5/5
  • $


Friday 21 September 2012

Rojak Bellamy

Boleh tahan ramai jugak orang makan lepas solat jumaat. Dekat je dengan area ikan bakar bellamy.

br />











Rojak dia memang ok. Servis slow sikit (mungkin sebab ramai orang kot). Cendol biasa-biasa je. Mee rebus boleh tahan. Tempat bagus. Sejuk, redup dan berangin je.

Verdict:-
● Rasa: 4/5 (rojak je)
● Tempat: 2.5/5
● $$







Tuesday 18 September 2012

Steamboat @ Cameron Highlands

Dah lama aku tak tulis. Hari ni aku baru je balik dari Cameron Highlands. Malam semalam makan malam dengan isteriku dan yang bongsu. Mencari steamboat yang Halal. Ada jumpa dekat dengan Hotel De La Ferns. Tempat sejuk-sejuk ni syok makan panas-panas sambil santai.


Memang ada banyak steamboat kat Cameron, tapi tak banyak yang ada logo Halal. Kalau yang di hotel tu, mahal la pulak. Dulu ada satu ni je yang ada logo Halal, sekarang nampak ada 2 restoran dah. Yang aku pergi makan ni dekat je dengan Hotel De La Ferns.

Steamboat Snack Corner
Logo Halal dikeluarkan oleh Majlis Agama Cameron Higlands


Tempat dia OK, boleh tahan bersih. banyak orang buat tempahan untuk majlis.


Makanan untuk 2-3 orang

Pilihan kuah tomyam atau sup. Suggestion; tomyam sup baru ada rasa sikit. Kuah sup tu kurang rasa.

Damage. Ini termasuk nasi goreng cina, air  kordial dan teh tarik  mesin.
My Verdict:-
  • Rasa = 2.5 / 5
  • Tempat = 3 / 5 ; bersih la jugak. toilet tak nampak pun ada ke tak.
  • Turndown = Air panas pakai mesin tekan. tak best betul. Teh tarik kat Cameron pun pakai tekan?!
  • $$



Tuesday 17 April 2012

Mee Udang/Ketam - Juru

Ini adalah kedai Mee Udang, tapi yang selalu orang order Mee Ketam dia. Terletak di Kuala Juru, Prai, Penang. 


Ada banyak kedai ketam/udang sepanjang Jalan Kuala Juru. Warung Pak Su ni terletak di Simpang Tiga Jalan Kuala Juru.







Harga Makanan (Sorry gambar blur)


Harga Mee Udang RM16.00, Mee Ketam RM17.00. Ini je yang boleh direkomen, yang lain boleh pi rasa 
sendiri. Oh! lagi satu, orang selalu order Nasi Putih dengan Ketam masak kuah merah.




Ketam ada 2 ekor, rasa Mee Ketam manis-manis dan pedas. Kepada yang tak tahan pedas tu kena order kurang pedas (itu pun kalau chef dia boleh buat).

Dah pernah masuk paper!!

My Verdict:-
Rasa = 4/5
Tempat = 3/5 (bergantung pada musim, ni semua pasal lalat boleh jadi 2/5 kekadang)



Monday 16 April 2012

Capati Dil Ruba - Prai

Mami kata, dia dah meniaga lebih kurang 25 tahun 'tang' sini. Mami claim "Capati termurah di Malaysia". Capati dibuat fresh depan mata, dan bukan ready made macam sesetengah kedai mamak/india. Capati memang lembut, tidak berminyak. Jenis lauk/kuah; dhall, kari ayam, kari daging cincang, daging rendang dll.

Lokasi di Medan Selera Seberang Jaya berhampiran dengan Pasar Basah.








Harga:-

  • Capati = RM0.50 sekeping
  • Kuah dhall = RM2.00 sepiring
  • Kuah ada lauk (ayam/daging cincang/rendang) = RM3.00

Rating saya:-

  • Rasa: 4/5
  • Tempat: 2½ / 5 
  • $







Sunday 15 April 2012